KUCHING- 22 Feb 12, Satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Memerintah 331 Skn iaitu kapt Mohd Tara bin Abdullah TUDM telah diadakan di Markas Pangkalan, Pangkalan Udara Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM yang turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan Pangkalan. Kapt Mohd Tara bin Abdullah TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mejar Pangkuan TUDM berkuatkuasa pada 2 Jan 12.
Monday, February 27, 2012
Kunjungan PU Kuching ke Jabatan Mateorologi Malaysia, Kuching.
KUCHING- 23 Feb 12, Cawang Operasi Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan kunjungan dan lawatan ke Jabatan dan Stesen Meteorologi Malaysia, Kuching. Kunjungan tersebut juga disertai pegawai dan anggota 1 Skuadron dan 7 Skudron yang diketuai oleh LT KOL Thamil Shelvan a/l Subramaniam TUDM. Kunjungan tersebut adalah bertujuan mengetahui fungsi serta peranan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mentafsir dan meramalkan cuaca untuk kemudahan kegunaan seharian. Kepakaran mereka dalam meramalkan cuaca dikongsi bersama. Jutaan ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Meteologi Malaysia, Kuching kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang kunjungan PU Kuching. Taklimat di Jabatan disampaikan oleh En. Deelan Lah manakala taklimat di stesen disampaikan oleh En. Tan Kok Chong.
Monday, February 20, 2012
Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan
KUCHING- Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuching bagi bulan Februari 2012 diadakan dengan penyampaian pemakaian pangkat oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM kepada 716237 Fsjn Zahari bin Zainol dan LUK Abbidin bin Hamdan dari Cawang Materiel . Mereka dinaikkan pangkat pangkuan kepada Pegawai Waran II dan Kpl U. Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau mengingatkan semua warga pangkalan supaya bekerja lebih keras demi mencapai visi dan misi Pangkalan Udara Kuching. Beliau juga menasihati warga pangkalan supaya setiap lapisan pegawai mahupun anggota menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya kerja yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lancar.
Pangkalan Udara Kuching Menjadikan Program ‘FOD Sweep’ Sebagai Aktiviti Bulanan

KUCHING –10 Feb 12, Program ‘FOD Sweep’ merupakan salah satu aktiviti bulanan yang mesti dijayakan oleh Pangkalan Udara Kuching. Kehadiran semua warga pangkalan adalah bertujuan mengutip benda asing di sekitar hangar dan Cabang Pergerakan Udara bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pesawat. Program ini diharap dapat menerapkan budaya mementingkan keselamatan dikalangan anggota serta pesawat yang dimiliki TUDM. Aktiviti ini telah diketuai oleh Pegawai Bomba, Kapt Mohd Hafiz bin Abdullah TUDM.
Taklimat Zakat 2012 Oleh Baitul Mal Sarawak

KUCHING, 10 Feb 12 - Pangkalan udara Kuching mengadakan taklimat zakat bertempat di Dewan Sri Angkasa. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Fadlullah bin Abdullah, Pegawai Baitul Mal, Cawangan Samariang, Sarawak. Kehadiran melibatkan warga yang beragama islam Pangkalan Udara kuching. Taklimat ini disampaikan bagi menerangkan kepentingan zakat pendapatan dan kelebihan zakat berbanding cukai.
Sambutan Maulidur Rasul Pangkalan Udara Kuching Bersama Timbalan Mufti Sarawak

KUCHING, 9 Feb 12 - Sambutan Maulidur Rasul di Pangkalan Udara Kuching tetap disambut meriah oleh warga Pangkalan dengan sesi ceramah demi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. di Surau Al-jahirah, Pangkalan Udara Kuching bermula 1830H dan berakhir pada 2200H. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diteruskan dengan ceramah agama maulidur rasul dan diakhiri dengan solat isyak secara berjemaah. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mual bin Haji Suaud,
No 7 Skuadron Muncul Juara Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Peringkat Pangkalan

KUCHING, 3 Feb 12 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Peringkat Pangkalan bertempat di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching. Pertandingan ini melibatkan enam pasukan iaitu dari gabungan Cawang Tadbir dan Provos, gabungan Skn 331 dan Cawang Operasi, Cawang Kejuruteraan, Cawang Materiel, gabungan No 1 Skuadron dan No 7 Skuadron. Majlis penutup dimeriahkan dengan kehadiran Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM. Johan bagi pertandingan telah dimenangi oleh No 7 Skuadron manakala pemain terbaik pula telah dimenangi oleh 724838 LUK Abd Hadi bin Hassan.