Monday, February 27, 2012

Pangkalan Udara Kuching Mengadakan Program Jiwa Murni Bersama Masyarakat Setempat













KUCHING- 25 Feb 12, Program Jiwa Murni bersama masyarakat setempat di Kampung Tembawang, Kuching mendapat perhatian dari warga Pangkalan Udara Kuching. Program ini sedikit sebanyak membantu penduduk setempat dalam kehidupan seharian mereka disamping mewujudkan masyarakat muhibah diantara penduduk kampung dan warga Pangkalan Udara Kuching. Seramai 40 orang anggota hadir untuk membersihkan surau kampung dan kawasan perkuburan islam di kampung berkenaan. Turut hadir dalam program ini adalah Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM.

Warga Pangkalan Udara Kuching Amalkan Gaya Hidup Sihat













KUCHING- 24 Feb 12, Warga pangkalan Udara Kuching mengadakan Senaman Aerobik di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Program ini melibatkan semua warga pangkalan. Senaman ini bertujuan menggalakkan warga pangkalan supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Turut hadir dalam aktiviti ini adalah Ketua Cawang Tadbir, Mej Azizul bin Abdul Kadir TUDM.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Memerintah 331 Skn








KUCHING- 22 Feb 12, Satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Memerintah 331 Skn iaitu kapt Mohd Tara bin Abdullah TUDM telah diadakan di Markas Pangkalan, Pangkalan Udara Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM yang turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan Pangkalan. Kapt Mohd Tara bin Abdullah TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mejar Pangkuan TUDM berkuatkuasa pada 2 Jan 12.

Kunjungan PU Kuching ke Jabatan Mateorologi Malaysia, Kuching.








KUCHING- 23 Feb 12, Cawang Operasi Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan kunjungan dan lawatan ke Jabatan dan Stesen Meteorologi Malaysia, Kuching. Kunjungan tersebut juga disertai pegawai dan anggota 1 Skuadron dan 7 Skudron yang diketuai oleh LT KOL Thamil Shelvan a/l Subramaniam TUDM. Kunjungan tersebut adalah bertujuan mengetahui fungsi serta peranan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mentafsir dan meramalkan cuaca untuk kemudahan kegunaan seharian. Kepakaran mereka dalam meramalkan cuaca dikongsi bersama. Jutaan ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Meteologi Malaysia, Kuching kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang kunjungan PU Kuching. Taklimat di Jabatan disampaikan oleh En. Deelan Lah manakala taklimat di stesen disampaikan oleh En. Tan Kok Chong.

Monday, February 20, 2012

Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan











KUCHING- Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuching bagi bulan Februari 2012 diadakan dengan penyampaian pemakaian pangkat oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM kepada 716237 Fsjn Zahari bin Zainol dan LUK Abbidin bin Hamdan dari Cawang Materiel . Mereka dinaikkan pangkat pangkuan kepada Pegawai Waran II dan Kpl U. Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau mengingatkan semua warga pangkalan supaya bekerja lebih keras demi mencapai visi dan misi Pangkalan Udara Kuching. Beliau juga menasihati warga pangkalan supaya setiap lapisan pegawai mahupun anggota menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya kerja yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lancar.

Pangkalan Udara Kuching Menjadikan Program ‘FOD Sweep’ Sebagai Aktiviti Bulanan








KUCHING –10 Feb 12, Program ‘FOD Sweep’ merupakan salah satu aktiviti bulanan yang mesti dijayakan oleh Pangkalan Udara Kuching. Kehadiran semua warga pangkalan adalah bertujuan mengutip benda asing di sekitar hangar dan Cabang Pergerakan Udara bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pesawat. Program ini diharap dapat menerapkan budaya mementingkan keselamatan dikalangan anggota serta pesawat yang dimiliki TUDM. Aktiviti ini telah diketuai oleh Pegawai Bomba, Kapt Mohd Hafiz bin Abdullah TUDM.