Monday, December 19, 2011

PU Kuching Meriahkan Sambutan 100 Tahun Penerbangan Di Malaysia








KUCHING- Pada 17 dan 18 Disember 2011 Jabatan Penerbangan Malaysia Wilayah III Sarawak menganjurkan Sambutan 100 Tahun Penerbangan di Malaysia peringkat negeri Sarawak bertempat di Hangar Hornbill skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sambutan tersebut juga disertai oleh Pangkalan Udara kuching. Ini merupakan langkah bagi memperkenalkan Pangkalan kepada pihak umum disamping memberi peluang kepada pihak awam mengetahui lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota TUDM melalui pameran peralatan dan pesawat yang terdapat di Pangkalan Udara Kuching.

Mej Azizol dilantik Ketua Cawang Tadbir









KUCHING – Bertempat di Pangkalan Udara Kuching telah berlangsung upacara Serah Menyerah Tugas bagi Ketua Cawang Tadbir yang baru iaitu Mej Azizul bin Abdul Kadir TUDM. Beliau dilantik menjadi ketua Cawang Tadbir yang baru menggantikan Mej Aznan bin Alias TUDM yang bertukar keluar. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Komander Bertugas, Mej Ahmad Nazri bin Nayan TUDM.

Monday, November 14, 2011

Seramai 1 Pegawai dan 5 Anggota Dinaikkan Pangkat




















KUCHING,11 November 2011 - Satu majlis pemakaian pangkat kepada Kapt Farah Diba binti Ahmad Rostam TUDM telah diadakan di Markas Pangkalan, Pangkalan Udara Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM yang turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan Pangkalan. Kapt Farah Diba binti Ahmad Rostam
TUDM dinaikkan ke pangkat Pangkuan Mejar TUDM. Selain itu terdapat juga anggota yang telah dinaikkan ke pangkat pangkuan yang lain antaranya PW U II Dhasar Rathen Herbert Daie, Fsjn Robert ak Jahul, Sjn Chistopher James Francis Juttie, Kop Madhi bin Hj Habif dan Kop Fauziah binti Salleh.

Thursday, November 3, 2011

Tingkatkan kesedaran Keselamatan Dan Pemanduan Berhemah













KUCHING- November 2011, Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Minggu Keselamatan Dan Pemanduan Berhemah. Bermula pada 1 Nov 11 merupakan majlis pembukaan program tersebut yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali Bin Salamat TUDM. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur seperti ceramah keselamatan,Perlawanan Persahabatan Futsal, Mega Fod Sweep, Senamrobik, Taklimat BMI, Demonstrasi Pemanduan Berhemah, dan Tayangan Video yang berlaku di sepanjang minggu. Selain itu, aktiviti ini juga mendapat sambutan dari agensi luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Serenti Kuching, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kesihatan Hospital Umum, Sarawak yang mana mereka terlibat dalam penyediaan pameran. Semua aktiviti ini dirancang dan diuruskan oleh barisan AJK Keselamatan Pangkalan yang diketuai oleh Kapt Norzeehan binti Nordin TUDM. Aktiviti ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran keselamatan dikalangan anggota PU Kuching.

Thursday, September 29, 2011

Perbarisan Bulanan Pertama Komander PU Kuching Yang Baru













Kuching- Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan udara Kuching bagi bulan September 2011 merupakan perbarisan pertama oleh Komander Pangkalan Udara Kuching yang baru, Lt Kol Jumali bin Salamat TUDM. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua peringkat anggota pangkalan yang terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Abdul Aziz bin Yahaya TUDM. Upacara pemakaian pangkat kepada anggota dan sumbangan kepada balu, Pn Adzimah binti Hj Abdul Ghani yang kematian suami iaitu kpl U Rusrumuhan bin Harun telah disampaikan oleh Komander Pangkalan.














Komander Pangkalan sedang membuat pemeriksaan perbarisan anggota














Sumbangan disampaikan oleh Komander pangkalan kepada Pn Adzimah binti Hj Abdul Ghani yang kehilangan suami yang juga anggota PU Kuching.

Monday, September 26, 2011

TUDM PU Kuching Memeriahkan Perbarisan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2011













KUCHING- Sambutan hari jadi ke-90 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin disambut meriah pada 24 Sept 11 yang lalu. Difahamkan 90 Kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan-pertubuhan, persatuan belia dan pelajar sekolah turut menjayakannya. Turut terlibat adalah Kontinjen Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pangkalan Udara Kuching yang diketuai oleh Kapt Shashidharan a/l Gopal TUDM dan diwakili seramai 40 Orang anggota. Majlis istiadat perbarisan ini diadakan di Padang Merdeka, Kuching.














Ketua Perbarisan memberikan tabik hormat kepada
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.