Monday, February 20, 2012

Perbarisan Persaraan Brig Jen Dato’ Rosli Bin Mohd Yusof TUDM















KUCHING, 18 Jan 12 – Satu perbarisan sempena Persaraan Brig Jen Dato’ Rosli bin Mohd Yusof TUDM telah dijalankan di Pangkalan Udara Kuching bermula pada jam 8.00 pagi. Perbarisan yang kali pertama diadakan di Pangkalan Udara Kuching pada tahun 2012 telah diketuai oleh Mej Zulfikri bin Yahya TUDM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima No 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM.

Perlawanan Golf Sempena Persaraan Brig Jen Dato’ Rosli Bin Mohd Yusof TUDM














Kuching, 17 Jan 12 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan perlawanan golf bersempena persaraan Brig Jen Dato’ Rosli bin Mohd Yusof TUDM. Turut serta dalam perlawanan tersebut ialah Panglima Operasi Udara YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima No 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM.

Kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan Ke Pangkalan Udara Kuching














KUCHING, 9 Feb 12 – Pangkalan Udara Kuching menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan YBhg Datuk Dr Abdul Latiff bin Ahmad bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Kunjungan beliau adalah bertujuan mengadakan sesi perjumpaan dialog mengenai permasalahan warga Pangkalan Udara Kuching. Kunjungan beliau juga membincangkan hal mengenai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Segala aduan dan permasalahan yang diajukan dapat diterangkan dengan jelas. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Asisten ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Dato’ Abdul Aziz bin Ibrahim dan Panglima 2 divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM.

Monday, December 19, 2011

PU Kuching Meriahkan Sambutan 100 Tahun Penerbangan Di Malaysia








KUCHING- Pada 17 dan 18 Disember 2011 Jabatan Penerbangan Malaysia Wilayah III Sarawak menganjurkan Sambutan 100 Tahun Penerbangan di Malaysia peringkat negeri Sarawak bertempat di Hangar Hornbill skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sambutan tersebut juga disertai oleh Pangkalan Udara kuching. Ini merupakan langkah bagi memperkenalkan Pangkalan kepada pihak umum disamping memberi peluang kepada pihak awam mengetahui lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota TUDM melalui pameran peralatan dan pesawat yang terdapat di Pangkalan Udara Kuching.

Mej Azizol dilantik Ketua Cawang Tadbir









KUCHING – Bertempat di Pangkalan Udara Kuching telah berlangsung upacara Serah Menyerah Tugas bagi Ketua Cawang Tadbir yang baru iaitu Mej Azizul bin Abdul Kadir TUDM. Beliau dilantik menjadi ketua Cawang Tadbir yang baru menggantikan Mej Aznan bin Alias TUDM yang bertukar keluar. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Komander Bertugas, Mej Ahmad Nazri bin Nayan TUDM.

Monday, November 14, 2011

Seramai 1 Pegawai dan 5 Anggota Dinaikkan Pangkat




















KUCHING,11 November 2011 - Satu majlis pemakaian pangkat kepada Kapt Farah Diba binti Ahmad Rostam TUDM telah diadakan di Markas Pangkalan, Pangkalan Udara Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali bin Salamat TUDM yang turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan Pangkalan. Kapt Farah Diba binti Ahmad Rostam
TUDM dinaikkan ke pangkat Pangkuan Mejar TUDM. Selain itu terdapat juga anggota yang telah dinaikkan ke pangkat pangkuan yang lain antaranya PW U II Dhasar Rathen Herbert Daie, Fsjn Robert ak Jahul, Sjn Chistopher James Francis Juttie, Kop Madhi bin Hj Habif dan Kop Fauziah binti Salleh.

Thursday, November 3, 2011

Tingkatkan kesedaran Keselamatan Dan Pemanduan Berhemah













KUCHING- November 2011, Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Minggu Keselamatan Dan Pemanduan Berhemah. Bermula pada 1 Nov 11 merupakan majlis pembukaan program tersebut yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali Bin Salamat TUDM. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur seperti ceramah keselamatan,Perlawanan Persahabatan Futsal, Mega Fod Sweep, Senamrobik, Taklimat BMI, Demonstrasi Pemanduan Berhemah, dan Tayangan Video yang berlaku di sepanjang minggu. Selain itu, aktiviti ini juga mendapat sambutan dari agensi luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Serenti Kuching, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kesihatan Hospital Umum, Sarawak yang mana mereka terlibat dalam penyediaan pameran. Semua aktiviti ini dirancang dan diuruskan oleh barisan AJK Keselamatan Pangkalan yang diketuai oleh Kapt Norzeehan binti Nordin TUDM. Aktiviti ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran keselamatan dikalangan anggota PU Kuching.