Monday, September 26, 2011

TUDM PU Kuching Memeriahkan Perbarisan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2011













KUCHING- Sambutan hari jadi ke-90 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin disambut meriah pada 24 Sept 11 yang lalu. Difahamkan 90 Kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan-pertubuhan, persatuan belia dan pelajar sekolah turut menjayakannya. Turut terlibat adalah Kontinjen Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pangkalan Udara Kuching yang diketuai oleh Kapt Shashidharan a/l Gopal TUDM dan diwakili seramai 40 Orang anggota. Majlis istiadat perbarisan ini diadakan di Padang Merdeka, Kuching.














Ketua Perbarisan memberikan tabik hormat kepada
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.



Tuesday, September 13, 2011

Makan Beradat Wisma Angkasanuri 2011













Kuching- Wisma Angkasanuri Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Makan Beradat pada 12 September 2011 bertempat di Hotel Four Points, Kuching. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan pangkalan dan juga bagi meraikan pegawai yang bertukar keluar. Majlis ini telah dihadiri seramai 84 orang pegawai termasuk pasangan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM dan Mantan Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM. Majlis turut memperkenalkan pegawai bertukar masuk ke Pangkalan Udara Kuching seperti Komander Pangkalan Udara Kuching, Lt Kol Jumali bin Salamat TUDM.