Tuesday, September 13, 2011

Lt Kol Jumali bin Salamat TUDM Komander Pangkalan Udara Kuching Yang Baru








Kuching- Satu Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Kuching telah diadakan di hangar Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Kuching. Dalam majlis tersebut, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM telah menyerahkan tugas Komander Pangkalan kepada Lt Kol Jumali bin Salamat TUDM. Perbarisan tersebut dihadiri seramai 5 pegawai dan 108 lain-lain pangkat. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Mohd Nazri bin Harun TUDM.

Sambutan Hari Lahir Wisma Angkasanuri Kali ke-41

Kuching- Tanggal 8 September 1970 merupakan tarikh keramat lahirnya wisma angkasanuri, Pangkalan Udara Kuching. Warga Wisma Angkasanuri, Pangkalan Udara Kuching telah menyambut dan meraikannya pada 8 September 2011 genap usia Wisma Angkasanuri yang ke 41 tahun. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Wisma, Lt Kol Azmy bin Yahaya TUDM dan Ahli jawatankuasa Wisma Angkasanuri Pangkalan Udara Kuching. Didalam ucapan, Yang Dipertua Wisma meminta supaya setiap warga Wisma Angkasanuri menjadikan aktiviti sambutan ini diadakan setiap tahun supaya tarikh sejarah ini tidak dilupakan.

Tuesday, September 6, 2011

No 7 SKN Menerima Sumbangan Raya













Tawau – No 7 Skn telah mengadakan sumbangan raya bagi anggota yang bertugas di Detasmen Tawau pada musim perayaan. Sumbangan telah dilakukan oleh Komander Pangkalan, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut hadir dalam majlis sumbangan itu adalah Pegawai Memerintah No 7 Skn, Lt Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM.


Memperingati Jasa dan Sumbangan Bekas Anggota TUDM













KOTA SAMARAHAN – Pada 27 Ogos 11, Satu Rombongan telah dibentuk oleh PU Kuching bagi menyampaikan sumbangan kepada beberapa balu dan salah satunya adalah Pn Maria ak Gomba. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Cawang Tadbir, Mej Aznan bin Alias TUDM. Sumbangan ini dilakukan bagi memperingati jasa dan sumbangan mendiang Fsjn Gadom ak Lalat kepada TUDM. Sungguhpun kematian beliau akibat jalan raya pada tahun 2004 dan seterusnya meringankan beban balu di musim perayaan.


Anggota Ops Pasir Menerima Sumbangan Raya













Tawau – Markas No 2 Divisyen Udara mengadakan Majlis Sumbangan Raya kepada anggota yang bertugas di Pangkalan Operasi Ops Pasir, Tawau yang disampaikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Ackbar bin Haji Abdul Samad TUDM. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM bersama Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM.


Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Memerintah No 7 SKN














Tawau – Bertempat di Pangkalan Operasi, Ops Pasir, telah berlangsung upacara pemakaian pangkat bagi Pegawai Memerintah No 7 Skn iaitu Mej Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM yang telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM. Turut hadir menyaksikan pemakaian pangkat tersebut ialah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM bersama Pegawai Memerintah No 1 Skn, Lt Kol Haris bin Hassan TUDM.