Wednesday, August 24, 2011

Anak Yatim, Balu Dan Saudara Baru Islam Diraikan Pada Majlis Berbuka Puasa













KUCHING- Warga Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih berjemaah bersama Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Sri Rodzali bin Daud TUDM bersama Pengerusi Bakat Udara, Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din. Majlis bermula pada 1800H dan berakhir pada 2130H. Majlis turut meraikan dengan sumbangan derma kepada anak-anak yatim, balu yang kehilangan suami serta saudara baru yang baru memeluk islam. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Panglima 2 Div Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM bersama Kol Suhaimi bin Hussain TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching.














Pengerusi Bakat Udara Puan Sri Datin Sri Asnah bt Din menyampaikan sumbangan pada penerima sumbangan.














Selesai menunaikan solat isyak dan terawih secara berjemaah bersama anggota Pangkalan Udara Kuching.

Majlis pemakaian Pangkat Ketua Cawang Operasi












KUCHING – Bertempat di Pangkalan Udara Kuching telah berlangsung upacara pemakaian pangkat bagi Ketua Cawang Operasi iaitu Mej Thamil Shelvan a/l Subramaniam TUDM yang telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima No 2 Divisyen Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM. Turut hadir menyaksikan pemakaian pangkat tersebut ialah Komander pangkalan Udara Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM.


Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan













Kuching- Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bagi bulan Ogos 2011 telah diadakan di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara Kuching. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua peringkat anggota pangkalan yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Mej Sulaiman bin Tulot TUDM. Upacara pemakaian pangkat kepada anggota lain-lain pangkat serta upacara cenderahati kepada pemenang pencipta lagu Pangkalan Udara Kuching juga telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Suhaimi bin hussain TUDM.


Majlis Berbuka Puasa Wisma Angkasanuri Bersama Komander Pangkalan














Kuching- Wisma Angkasanuri Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan solat terawih secara berjemaah bersama Komander Pangkalan Udara Kuching, kol Suhaimi bin Hussain TUDM pada 22 Ogos 11. Majlis ini juga disertakan pemberian wang
saguhati kepada pekerja yang berkhidmat di Wisma Angkasanuri. Majlis selesai selepas tamat moreh.

Sunday, August 21, 2011

Program Kempen Membaca














KUCHING-Pangkalan Udara Kuching menganjurkan kempen membaca dikalangan anggota, keluarga dan anak-anak warga pangkalan. Kempen ini berjalan selama 4 hari iaitu 16 Ogos 11 sehingga 19 Ogos 11 dan dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama diadakan acara perasmian di Dewan Seri Angkasa yang dirasmikan oleh Kol Suhaimi bin Hussain TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching. Fasa 2 pula diadakan di Tadika KEMAS, Kompleks Perumahan TUDM bt 10 ½ dan fasa 3 diadakan di Tadika KEMAS, Kompleks Perumahan TUDM, Batu kawa. Kempen ini bertujuan menyemai budaya membaca di kalangan anggota, keluarga dan anak-anak kearah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif. Selain itu, kempen ini juga bertujuan mengumpul buku-buku untuk koleksi di perpustakaan BAKAT RKAT Batu 10 ½.













Barisan Key Personel bergambar bersama wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga datang memberikan kempen membaca.