Thursday, September 29, 2011

Perbarisan Bulanan Pertama Komander PU Kuching Yang Baru













Kuching- Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan udara Kuching bagi bulan September 2011 merupakan perbarisan pertama oleh Komander Pangkalan Udara Kuching yang baru, Lt Kol Jumali bin Salamat TUDM. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua peringkat anggota pangkalan yang terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Abdul Aziz bin Yahaya TUDM. Upacara pemakaian pangkat kepada anggota dan sumbangan kepada balu, Pn Adzimah binti Hj Abdul Ghani yang kematian suami iaitu kpl U Rusrumuhan bin Harun telah disampaikan oleh Komander Pangkalan.














Komander Pangkalan sedang membuat pemeriksaan perbarisan anggota














Sumbangan disampaikan oleh Komander pangkalan kepada Pn Adzimah binti Hj Abdul Ghani yang kehilangan suami yang juga anggota PU Kuching.

Monday, September 26, 2011

TUDM PU Kuching Memeriahkan Perbarisan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2011













KUCHING- Sambutan hari jadi ke-90 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin disambut meriah pada 24 Sept 11 yang lalu. Difahamkan 90 Kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan-pertubuhan, persatuan belia dan pelajar sekolah turut menjayakannya. Turut terlibat adalah Kontinjen Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pangkalan Udara Kuching yang diketuai oleh Kapt Shashidharan a/l Gopal TUDM dan diwakili seramai 40 Orang anggota. Majlis istiadat perbarisan ini diadakan di Padang Merdeka, Kuching.














Ketua Perbarisan memberikan tabik hormat kepada
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.